Nuffnang Ad

Thursday 28 February 2013

Shopping dengan Ayah

If balik KL aje sure Ayah akan spent time dengan whole family and then bawa bershopping untuk cucu-cucunya. Anak-anaknya dah puas bershopping masa kecik-kecik dulu so kali ni turn cucunya pulak. Mujurlah cucunya belum ramai lagi. As usual, bila Ayah ajak keluar of course la rumah kedua kami, KLCC la tempatnya. Memang tak pernah jemu ke sini, semuanya ada. The foods pun sedap jugak.

Masuk GAP as one of the favourite ones di KLCC, semua pilih mana yang nak, well the boys pun bukannya banyak sgt pilihan, just jeans, Tshirt and sweater ja. Yang girls seronoklah pilih dengan gown, leggings and blouse yang sangat cantik.

Okay dah settle bab baju and seluar, so kemana pulak kita lepas ni?

Teringat masa the boys masih kecil dulu, nilah kedai yang selalu we all kunjung untuk membeli keperluan mereka. Nowdays since dah besar semuanya so dah jaranglah berkunjung ke sini, cuma kali ni singgah kejap untuk membeli botol susu Ryan aje.

Now, Mothercare dah bergabung dengan ELC, sempat juga membeli some educational toys dulu from ELC lepas tu bila nak datang Adelaide, tak tahu mana we all letak the toys tu, kena punggah kotak-kotak yang we all simpan barang lama la jawabnya nanti.

 Bila keluar tengok semua dah tak ada rupa nya dah masuk dalam Toys R Us yang terletak berhadapan dengan Mothercare.

Dalam diam-diam they all ajak Ayah masuk dalam tu, patutlah senyap aje bila me and Daddy Jack keluar from Mothercare. Sekali keluar dah penuh stroller dengan ini.

Bukan sekali aje berkunjung ke Toys R Us ni, ada sekali tu sampai dah tutup dah pun but still jenguk lagi ke sini.

Dipujuknya Ayah untuk ke sini sambil tu membeli set LEGO kegemaran masing-masing

We're the last customer yang bayar di sini



Well, bukan semua satu plastik tu mainan untuk Danish and Ryan aje, ada juga untuk cucu-cucu Ayah yang lain juga. So bila dah settle bab bayaran, kena asingkan satu-satu takut kang ada pulak yang nak bergaduh nak pegang toys masing-masing.
 

Wednesday 27 February 2013

Welcoming the guests

Dah 2 minggu I menerima kedatangan tetamu yang datang from Malaysia. Tetamu I ni merupakan bakal pelajar postgrads yang akan melanjutkan pelajaran disini. So normally they all akan duduk dulu dirumah transit so since rumah I ada bilik kosong, I pun ajaklah they all duduk sementara dengan I dulu before dapat rumah yang tetap. Keluarga pertama minggu lepas is seorang pegawai PTD from EPU, Zizi namanya. Datang bersama her 6mo baby dan juga pengasuhnya. Suami Zizi on the first day ikut sekali tapi cuma stayed only for a week cos tak dapat cuti. Kesian juga bila ada anak kecil but suami tiada di sisi tapi mujurlah ada pembantu yang boleh membantu untuk menjagakan baby. Ahad lepas, Zizi dahpun mendapat penginapan so sunyilah kejap rumah ni. Then, Isnin lepas datang newly wed yang baru berkahwin bulan Nov lepas. Isterinya yang akan melanjutkan pelajaran disini selama 3 tahun. Till now masih mencari rumah sewa yang bersesuaian. Tu yang busy melayan tetamu and menguruskan segala keperluan mereka. 

Tuesday 26 February 2013

Aktiviti riadah hujung minggu

Dah 2 kali Sabtu we all beriadah beramai-ramai. KELABU (Kelab Ibu) main netball sebelah pagi Sabtu and KELAPA (Kelab Bapa) take over belah petangnya. Untuk pertama kalinya aktiviti riadah dibuat secara terbuka, selama ni beriadah di belakang rumah aje bersama-sama family terdekat tapi kali ni open, semua boleh join. Mujurlah padang di Adelaide ni tak perlu disewa, just datang and terus main tanpa perlu ada kelulusan bertulis daripada pihak tertentu asalkan kita mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Untuk aktiviti riadah yang pertama, kami ke Thorndon Park. Dah biasa ke park ni even masa majlis sambutan hari raya lepas pun dibuat disini juga. Memang besar taman ni, ada padang yang memang sangat luas, if buat hari terbuka atau sukaneka memang sangat puashati.

Siap ada sessi stretching tu, regangkan otot-otot sebelum bermain bola sepak. Kang ada pulak yang cramp, mana ada disediakan first aid kit.

Bak kata Is, bukan senang nak tengok lecturer bergelek dipadang bola. Tengok anak-anak kecil yang bergelak ketawa bergembira disesi riadah ini rasa syoknya jadi kanak-kanak, kan mcm tak ada masalah aje.

Agak terpegun kejap dengan beberapa aksi dari para bapa yang selama ini memendamkan bakat terendam mereka di dalam aktiviti sukan.Bukan senang nak tengok para bapa yang selama ini duduk diam and bersembang sekali keluarkan bakat and skill mereka. Memang impressive sungguh.

Tengoklah aksi dan lagak ngeri para bapa semua

Siap ada pom pom girl lagi gitu, Si Cha budak montel

Para bapa sibuk main bola dengan anak-anak, mana pergi geng mak-maknya...apalagi makan and bersembang ajelah. Sambil mulur mngunyah sambil bersembang, memang terbaik sangatlah tu. Tambah pulak ada macam-macam jenus kuih muih dan juga mee. Memang kenyang sampai malam.
 

Thursday 21 February 2013

Jom ke Pasar Tani, lagi

Memang menjadi satu aktiviti yang wajib untuk ke Pasar Tani di kawasan rumah ibu setiap hari Sabtu. Dulu I bawa Ryan, ada sekali tu Ryan belum bangun so I bawa Danish pulak. 

Tak silap I, belum ni dulu harga sebiji cuma RM5 and now dah naik jadi RM6 pulak yer. Untunglah orang yang menjual belon mcm ni kan, tak perlu sewa tapak pun, just bawa tong helium and kelengkapan belon tu aje. Pastu sure anak-anak akan tertarik dengan pelbagai character yang ada pada belon tu antaranya Upin Ipin, Boboiboy, Spiderman, Hello Kitty dsbnya.

Ayah as usual, akan membeli pelbagai jenis daging..daging cincang, tulang, beefball, daging barang pinang dan beberapa jenis lagilah.

Orang jual kerepek dah makin maju, siap ada letak tester lagi. Cool jugak cara macam ni, so orang boleh pilih kerepek mana yang sedap, kan. 

Setiap kali ke Pasar Tani, sure akan beli Yong Tau Foo untuk breakfast pagi. Daddy Jack suka makan dengan sup while mee yang kering adalah yang paling sedap sekali. Terlalu banyak pilihan, so kita ambil mana yang kita berminat ajelah.

Ada gerai budak-budak muda yang menjual pelbagai jenis cucur, ada cucur keledek, durian, pisang, ikan bilis, jagung dan mcm-mcm lagilah. 14 biji hanya RM2, rasa cucurnya sangat lembut dan sedap. I paling suka cucur durian, pisang dan juga keledek.

Satu lagi yang paling digemari, Tau Foo Fah, especially yang dengan gula melaka, tersangatlah sedap dimakan di kala waktu panas-panas begini.
 
Bangga tengok anak-anak muda begini bangun seawal pagi untuk membantu ayah dan ibu untuk berniaga. Di samping itu, dapat mempelajari ilmu-ilmu perniagaan yang mungkin dapat dididik dari awal. Me and Daddy Jack bukannya berlatar belakangkan business, so we all mmg zero knowledge hal berniaga. Silap-silap if baru nak mencuba, dah kena tipu dengan orang so baik lupakan sahaja impian itu.

Cik Frankie

Paul Frank is here in Adelaide. If di KLCC ada butik khas untuk barangan Paul frank ni tapi di Adelaide, tak payah ada outlet di BigW aje yang konsepnya mcm Jusco aje. Itupun orang Aussie tak heran dengan jenama ni. Pernah masuk dlm outletnya di KLCC, siap ada SA yang mengekori kita, takut sangat kut baju tu rosak atau kotor if kita pegang, Sini, cubalah berapa helai pun, tak ada siapa pun yang peduli.
 
Girls section. Ohhh so cute, the colours looks lovely and nice.
 

Mixture of boys and girls collection. Ada juga a few accessories like bag, hat and even umbrella. As for women collection, adalah set baju tidur and also jumper untuk winter nanti.
 
Mujur ada untuk saiz Ryan, cos nowadays kalau belikan Danish kena belikan baju yang sama juga untuk Ryan. Kalau tak, sure bergaduh nanti.
 
Even underware pun ada juga, yang tu Danish tak suka but Ryan mmg suka sangat dengan undies Monkey, katanya. If ada offer lagi, nak beli for the boys collection untuk dibawa balik ke Malaysia nanti.
 

Wednesday 20 February 2013

Durian crepe

Masa balik Malaysia lepas, cakap aje ngan Ayah nak makan durian, tahu-tahu sebakul durian Ayah bawa balik from Kuantan. Saja aje gatal order, kan cos I ni bukannya makan durian yang mentah. I makan hanya kuah durian, sambal tempoyak..hah tu mmg my favorite tapi if makan terus durian from buahnya, mmg tak lalu tekak ni menelannya. Pelik sungguh pe'el I ni.


Kebetulan balik tu, satu Malaysia dilanda demam durian crepe. Ingatkan apa lag fenomena yang melanda KL waktu tu, rupanya durian crepe ni dah lama ada, cuma masa tu tak berapa nak popular la. Normally org Vietnam and Thailand dah lama makan dah. Ada one of Ibu's friend pun  heran, katanya dah jenuh die belajar buat durian crepe dulu tapi tak masa tu org tak pandang pun. Biasalah, kan.

So I nampak durian crepe ni banyak orang order from individu, tak ada kedai yang jual di kedai. Actually ada aje di KLCC tapi bentuknya tak sama mcm yang sering dipost kan di wall FB. I tak berani nak order from orang yang tak dikenali, takut tak menepati citarasa.

Until I noticed cik Irma, one of my blogging friends ada membuat and menjual durian crepe ini. I pun pernah order cake Red Velvet dengannya sebelum ini so dah tahu dah hasilnya mcm mana. Now, tak tahulah samada Irma ni buka lagi tak tempahan durian crepenya cos masa dia buka 3 hari tu, mmg banyak sangat tenpahan yang die dapat. Cayalah, Irma.
 
I ni kan tak makan durian mentah, tapi gagahkan la juga untuk makan durian ni cos nak tahu apa ke yang sampai menjadi fenomena sensasi di KL dengan demam durian crepe ini. From my tastebuds, juslt like makan ice cream durian, or maybe makan durian, then letak cream aje. Its so creamy and if makan banyak boleh muak. I makan setengah keping aje, just nak rasa. Itupun tekak dah kembang aje bila telan isi durian mentah. Apa-apa pun, memang sedap hasil tangan Irma ni. Cukup semua rasanya. Terima kasih Irma, nanti teringin nak makan cake yang sedap-sedap hasil ciptaan awak tu.
 

Monday 18 February 2013

Minum petang di Kuantan

Hmm, petang-petang macam ni teringat kuih muih dibelu untuk dimakan waktu petang di Kuantan. Beli then makan tepi kolam ikan sambul minum air kopi yang Ibu bancuh. Memang terangkat dibuatnya. Antara kuih muih yang I selalu beli if balik Kuantan adalah kuih sarang semut ni. Kuih apa nama lain yang I tahu I panggil kuih ni kuih sarang semut aje.

Keropok lekor tak boleh dilupakan. tak macam kualiti keropok lekor di KL, bila beli rasa tepung aje, ini bila gigit terasa ikan aje. Aduhh !!! sedapnya

Pisang goreng tetap tak ku lupakan
 
Aduhh, ni paling tak tahan. Ibu cakap ni kuih bakar tapi Danish dari kecil lagi panggil kuih ni..kuih katak hijau. Tak kisah la kuih bakar atau katak hijau tapi this is one of my favourite kalau balik Kuantan. Tk sama macam kuih bakar di KL cos kuih bakar ni dibakar menggunakan dapur arang dan juga sabut kelapa, tu yang membuatkan ianya sangat sedap.