Nuffnang Ad

Sunday 2 July 2017

Iftar dan Solat Hajat UPSR

Minggu kedua sesi persekolahan time bulan puasa lepas, sekolah Danish menganjurkan majlis iftar dan solat hajat buat pelajar-pelajar Darjah 6 for UPSR. Selalu jarang join majlis iftar sekolah tapi kali ni kenalah join cos buat solat hajat sekali. Danish tak balik rumah, lepas habis extra class, mandi dan bersiap semua kat sekolah. We all aje yang datang dalam pukul 6:30pm, itupun parking semua dah penuh.

Setiap tahun, if sekolah Danish menganjurkan majlis berbuka puasa, memang ramai ibubapa yang hadir memeriahkan suasana. Makanan memang banyak yang dibawa oleh tetamu serta yang pihak sekolah sediakan. Selalunya akan ada kambing golek juga, so memang itu yang menjadi tumpuan ramai.

Alhmadulillah, sedap makanan semuanya. Ni aje yang sempat we all ambil. Meja sebelah we all bukan mainbanyak ambik kuih muih tapi lepas tu tak habis, sayangnya pembaziran kat situ. Kalaulah dia ambik setakat nak makan, then mana yang tak habis pelawa la kat kami sebelah ni..hmmm tak ada maknanya pun.

Lepas berbuka, cepat-cepat we all ke surau untuk Maghrib berjemaah, nak dapatkan saf yang depan cos takut lambat-lambat nanti ruang depan dah penuh, pastu nak kena tunggu untuk ambik wuduk. Dah settle solat hajat dan terawih, we all pun balik but on the way balik, menyinggah dulu ke kedai mamak cos anak-anak tak tahan lapar cos tak cukup makan tadi.

No comments:

Post a Comment