Nuffnang Ad

Sunday 10 September 2017

Esok harinya


Esok, my anak sulung Danish Imran akan menduduki peperiksaan UPSR bermula 11 Sept - 14 Sept 2017. Saat ini hanya perasaan I aje yang tak menentu dibuatnya. Teringat saat awal tahun, mengambil gambar untuk sesi pendaftaran peperiksaan UPSR, and now tahu-tahu dah nak sit for the exam.

Peperiksaan yang berkonsepkan HEBAT untuk kali kedua, harap ianya taklah seteruk seperti tahun lepas.

Di awal-awal tahun dulu, ada lah subjek yang dapat releasekan tension juga like Seni tapi bila dah masuk penggal kedua, dah terus buat subject core sahaja.

Danish juga not only sit for UPSR, PSRA pun sama juga tapi selang seminggu sahaja dari UPSR. Perlu membuat hafazan beberapa ayat so I pun kenalah bagi semangat untuk habiskan semua ayat-ayat hafazan tu.

Setiap malam, I akan temankan Danish belajar di dalam bilik, sambil tu bacalah buku atau buat kerja. Bagi semangat sikit pada dia, kan.

Ada sekali tu tak begitu sihat, tapi since banyak revision nak kena buat, I pun temankan dia juga. Nak suruh rest, tak nak sebab fikirkan homework.

Taklah paksa dia untuk mengadap buku and revision 24 hours kan, sesekali tu kena lah bagi bersukan dan juga bersantai juga, tapi ada hadnya la, tak lah sampai seharian tengok TV. Normally, Danish akan choose untuk menonton bolasepak ataupun sukan channel aje.

To all the readers, saya memohon untuk mendoakan anak saya Danish Imran yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok. Minta doa agar semua urusan dipermudahkan, lapangkan dadanya untuk menjawab semua soalan.


No comments:

Post a Comment