Nuffnang Ad

Sunday 3 September 2017

Weekender

Hujung minggu minggu pertama cuti sekolah, petang tu dah berjalan-jalan ke KLCC. Sekarang KL bila petang aje langit pun dah gelap and hujan turun dengan lebat. Sejuk la sikit kalau malam, kipas pun pasang 1 aje.

Menyinggah Uniqlo mencari seluar untuk Danish. Dah tak ada saiz dah nak pakai saiz kanak-kanak dah.

Terasa lapar, menyinggah Melur & Thyme for dinner. So sad with the foods, dah tak macam dulu lagi dah. Dulu portion besar dan sedap. Now, portion makin kecil and kualiti makanan pun mcm dah tak begitu sedap dah.

Mencari-cari product muka yang bagus untuk Danish. Dah komplen ada jerawat dah di muka, so ken ajar cara penjagaan muka yang baik la lepas ni.

Menyinggah Toys R Us pula, dah ada pulak keluar Lego Ninjago The Movie. Ni semua Daddy Jack yang rajin buat survey dalam internet dia tu. Malam-malam belek phone ni la kerja dia rupanya.

Kalau bab Lego no, 2-2 beranak ni memang boleh tag team. Ada chemistry antara mereka berdua. Tahu aje character dan fungsinya.

Dah keluar dari Toys R Us, sambung pulak ke Box of Bricks lagi, kali ni mencari mini figures pulak. Hai, macam-macam la suami dan anak-anak I nih. Berhantu betul bab Lego nih.

Ada pulak kedai barangan sukan baru di KLCC, apa tah nama dia lupa pulak. Menjual boot bola kanak-kanak, so tak perlu lagi nak pergi ke Lot 10 mencari boot bola. Tapi aktiviti bola dihentikan buat sementara waktu ya, pakai dulu boot yang sedia ada tu, nanti lepas exam baru kita buka cerita bola balik.



No comments:

Post a Comment