Nuffnang Ad

Monday 25 December 2017

Hujung minggu ke Pavi



Weekend adalah waktu berjalan, kalau tak bawa the boys we all jalan berdua sajalah. The boys kalau tahu we all ada tujuan nak keluar berjalan pilih duduk rumah ajelah sbb tak nak jalan pusing-pusing cos bosan katanya. So kali ni we all keluar berdua ajelah.

Singgah Madam Kwans dululah untuk makan lunch, actually dah lambat pun dalam pukul 230pm baru nak makan, mana taklah masuk angin semua.

Masuk JD Sports, tengok-temgok kasut running untuk tahun 2018. Kasut yang ada sekarang ni dah lanyak dekat setahun dah so kena mencari kasut baru jugak ni cos banyak running events yang nak join tahun 2018 ni.

Oops ada keluar new collection, so hehehehhehe terima kasih Daddy Jack. Sayang you ketat-ketat.

Sebenarnya Daddy Jack tak tahu, I pun ada beli online juga, hahahahha so dapat menambahkan koleksi jugaklah my Oops ni.

Masuk Zara juga cos Daddy jack nak tengok baju kerja dia, nampak kasut ZARA ni lebih kurang sama aje dengan my sister buatkan, harga dekat RM200 lebih sedangkan my sister jual hanya RM99 sahaja. 

I dah tawaf and belek-belek baju kat bahagian perempuan and Daddy Jack tak settle lagi memilih baju kerja dia. Dia memang akan beli baju kerja disini, nampak style sikit. Tapi ada masanya baju Zara ni pun macam tak begitu cantik design dia so Daddy Jack akan ke Padini atau Mango Men pula.


No comments:

Post a Comment